Friday, June 22, 2012

SAYA SAYANG MEREKA MACAM ADIK BERADIK SAYA.



NUR FAHRIZAN KENALAN KU SEMASA DI REXAM. MULA KENAL MACAM TAK RAPAT. BILA DAH RAPAT SUSAH NAK BERPISAH. BILA DAH BERPISAH RINDU NYA... TAK BOLEH NAK KATE.



INI LAH KAMI BERDUA. TERASA MACAM AKU PULAK YANG JADI KAKAK KERANA KECOMELAN BELIAU.. HEHE..



INI PULA SI FAHRIZAN DAN ADIK NYA. HEHE CANTIK KAN? SAMA COMEL SAMA AYU. TAPI ADIK NYA TINGGI SIKIT DARI KAKAK NYA.. ANDU BHA.. APA PUN TETAP COMEL NI DUA ORANG..



SI WENG @ PRINCESS SA RAN



GAMBAR DUA ORANG KAWAN BAIK SELAKU KAKAK KU YANG GILA.. FAHRIZAN DAN YANG BAJU KOTAK TU ZAKIAH.. DIA YANG AJAR AKU COUPLE2 AND JD GILA NIE.. MCM2 DIA AJAR..



NI LAH ORANG GILA YANG PALING AKU SAYANG.. ZAKIAH.. HAHA..



DAN YANG NI.. AKU.. HEHE.. X SECOMEL MEREKA.. YANG PENTING AKU SAYANG MEREKA MACAM ADIK BERADIK AKU.. LOVE YOU ALL..



INI PULA GAMBAR KAKAK ANGKAT KU YANG PALING SPORTING.. BERSAMA ADIK NYA YANG CUTE.. SI WENG DENGAN KAK DUWING.. COMEL KAN MEREKA.. SANGAT ANGGUN.. MISS THEM..



KAKAK DUWING ABDUL MUNAP KADER.. RINDU MASAKKAN NYA.. MISS YOU A LOT.. <3

Thursday, June 21, 2012

zaman sekolah adalah yang terindah bagi aku.

Hari ni datang angin aku nak bercerita pasal zaman aku sekolah rendah sampai la aku abis STPM. memori sangat bermakna buat aku bila aku pertama kali kenal S.K.T.U.S.. 1 jaya kelas time tu kalo tak kerana lari dari kelas cikgu fadzlon sebab takut dengan beliau terduduk la aku kt kelas belakang.. sesi petang plak tu.. haha.. kt situ la aku kenal ehsan kalo x salah aku la name dye.. dye budak paling senyap dalam kelas.. dgn dye juga aku mula belajar berkawan..

bila aku naik darjah 3 aku mula kenal seorang gadis kecik molek. name dye siti nurmila. aku ingat lagi ada satu mase tu kitorg ramai2 kerumun dia tgk dia menari kt belakang kelas.. padahal mase tu cikgu ade kt depan. heh.. cam kelakar. je. dgn 2 atau 3 org lg mmbe aku yg aku kenal. tp syg lupa plak nama diorg. sorg2 pindah mase darjah 3 tu. aku pun pindah ke kota tinggi sebab ikut mak aku pindah.

kat sane aku belajar lagi setengah tahun untuk habiskan darjah 3. kat sana la aku belajar guling dari atas bukit sampai ke tengah padang.. seronok sangat time tu.. nasib baik bukit tu x tinggi sgt. kat situ jugak la aku dapat tengok secara live babi hutan men lumba lari kt tengah padang.. hahaha.. kenangan tu sume buat aku.. paling manis sekali..

habis je darjah 3 aku balik ke SKTUS untuk sambung darjah 4 smpi habis UPSR. kat situ lagi banyak kerenah aku buat. mmbe yang tak bersalah tak pasal2 kene dengan cikgu hanya kerana kelakuan aku yang memalukan reputasi mak aku sendiri. secara jujur.. memang aku bersalah time tu. kerana tamak nak kan ramai kawan aku buat segala macam cara. sampai ujung nya reputasi mak aku merudum. malu kerana aku. aku minta maaf kawan dari ujung rambut sampai ujung kaki.

nak imbau balik zaman sekolah rendah memang x boleh nk kate. sebab terlampau banyak. semua nya keseronokkan aku waktu sekolah rendah hurmm.. naik pula aku sekolah menengah, aku mula kenal ramai lagi kawan baru. diorang yang ajar aku makna persahabatan. diorg ajar aku macam2. lepak kt jusco, lepa kt kantin sekolah, buat ketupat kt kantin sekolah lepas waktu sekolah, bila ingat balik aku rase bertuah dapat kenal diorang tu semua. ada yang ajar aku keluar jalan2, dan tempat pertama aku jejak mase aku tingkatan satu angsana. dengan seseorang yang aku sayang iaitu kawan baik aku.

saat yang tak aku sangka terjadi mase aku tingkatan 5. aku ade dilema dgn kawan2 aku. aku syg diorg. tp aku x sangka akan terjadi dilema tu. smpi sekarang kitorg masih contact. tp aku tak tawu siapa aku dlm hati org tu. adakah masih kawan baik atau sekadar kawan biasa. haha.. ape pun, aku tawu yang orang tu skarang happy dengan hidup baru dye. aku harap kawan2 aku semua bahagia dengan apa yang diorg ada sekarang.

aku rase sangat2 beruntung dapat kenal mereka nie:
- SITI NURMILA( SUATU KEINDAHAN DAPAT KENAL BDK NI)
- NURFARANA( DIA AJAR AKU UNTUK TERUS SEMANGAT DALAM CAPAI IMPIAN)
- MAIZATUL MAJDAH ( BUDAK YANG SGT CHILL AKU SUKA MAK CIK NI)
- NURHIDAYAH ( DIA AJAR AKU JADI ORANG YANG LEBIH TABAH)
- NUR ELIA ( DIA AJAR AKU JADI SEORANG YANG LEBIH BERWASPADA)
- RAMAI LAGI KAWAN2 SEKOLAH AKU YANG AKU TAK LARAT NAK TAIP NAMA DIORANG.

KAWAN2 AKU BANYAK AJAR AKU UNTUK JADI LEBIH BAIK DARIPADA SIFAT2 DIORANG. AKU HARGAI KORANG SEMUA. THANKS FRIENDS. REALLY APPRECIATE YOU AND MISS YOU GUYS.

Tuesday, June 19, 2012

bukan senang nak senang bukan susah nak susah.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Sebab tu la orang bekerja, bekerja untuk dapat kan kesenangan. Aku pernah berfikir betapa mudahnya setiap pekerjaan yang orang buat. contohnya promoter, pujuk je pelanggan pastu dapat la comission dengan gaji. tapi bila aku sendiri da rase macam mane jadi promoter baru aku tawu betapa susahnya nak pujuk pelanggan. pengalaman aku yang paling aku tak boleh nak lupa bila aku kerja dengan sepenuh hati sebagai cashier.

aku mengaku memang tak berbaloi kerja penat macam abdi tapi gaji ciput. bagi aku itu tak penting, yang penting aku kerja untuk diri aku dan aku kerja sebab nak tolong mak abah. aku mula seronok jadi cashier tetap kt supermarket tu walaupun bukan sekadar kerja cashier je yang aku buat. aku letakkan hati aku pada semua mesin cashier kt supermarket tu sebab aku ikhlas dan aku bercadang untuk kerja lebih lama kat sane. tapi mungkin bukan rezeki aku untuk kerja lame-lame kt sane. kejadian bermula pada hari jumaat kalo tak silap aku, mase tu orang tengah ramai datang belanja. waktu tu pula memang waktu untuk aku rehat, jadi sebelum rehat member aku merangkap supervisor aku collect duit dr kaunter aku. lepas tu baru kitorg masuk cashier room untuk kire suit then kitorg pergi rehat.

balik je aku dari rehat aku kene suspen kaunter sebab ade duit hilang dari kutipan aku. chief suruh aku mengaku kat mane aku letak duit tu dan kenapa aku amik. aku mula takut, gementar macam2 lagi perasaan aku. aku bukan takut sbb aku salah. tapi aku ade perasaan yang aku akan di buang kerja. jadi aku tabah kan hati aku untuk terus hadapi masalah tu. sampai pada satu malam mak dapat tawu aku ada masalah kt tempat kerja aku. serta merta mak suruh aku berenti kerja and sambung belajar. mak kata aku masih belum sedia nak kerja. tp aku kata pada mak aku tak nak orang kata aku ni pesalah dan pengecut sebab melarikan diri dari permasalahan.tapi mak suruh juga kau berenti siap buat kan surat berenti untuk aku. aku yang tak boleh tahan lagi terpaksa la ikut je ape yang mak arahkan.

9 bulan lepas aku berenti aku sengaja menjengah ke tempat keje lame aku. aku tgk ramai yang da berenti, bahkan semua orang pandang aku seolah aku ni penjenayah. bila aku tanya knp ramai takde katenya ade yg di berentikan sbb ade kes, bila aku tanya tak de sorg pun nk cerita. habis je aku stpm pd thn 2009 aku sengaja masuk smula kerja kt sane sbg cashier part time. tujuan aku untuk cari tawu ape kesudahan kes aku tu, bila aku gali cerita dr supervisor yang same terlibat dengan kes aku mase tu, dia kate ade sorg supervisor yang memang sengaja amik duit dr collection aku mase kt cashier room sbb tu mase aku nak tgk cctv x der sorg pun yang izinkan. member aku tu kate mamat tu memang da lame buat kerja2 rembat duit cashier. bahkan dia bukan buat sorg2, ade yang tolong dia buat. 10 bulan lepas aku berenti baru la aktiviti mamat tu terbongkar and dia di berentikan kerja. aku pulak macam tak percaya ada jugak orang nak busuk hati dengan aku padahal aku baik dan tak pernah kacau orang lain. aku letakkan hati aku pada kerjaya aku tapi orang lain hancurkan dengan senang je. mase tu la aku nampak dengan jelas sekali betapa penat mak abah kerja untuk besarkan aku. betapa payahnya bekerja untuk mencari kesenangan. MEMANG SUSAH UNTUK KITA SENANG, TAPI MUDAH KALAU KITA NAK KAN KESUSAHAN.

Sunday, June 17, 2012

aku inginkan kerjaya yang hebat.

Well sepanjang aku meluahkan perasaan tak pernah sekali pun aku bercerita tentang apa yang aku inginkan. Aku seorang pelajar computer software development. Aku belajar semua tentang komputer luar dan dalam. Namun, aku masih lagi dalam proses untuk memahami pelajaran yang aku terima. Banyak benda yang perlu aku faham dan banyak benda yang mesti aku capai, antaranya aku inginkan kerjaya yang hebat. Aku nak bina kehidupan untuk family aku. Aku nak family aku hidup senang. Aku nak mak abah bangga dengan kejayaan aku sendiri. Biar aku tak bekerja bawah orang, tapi aku akan cipta kejayaan aku dengan buat bisnes aku sendiri. Orang selalu pertikai bisnes dengan kawan susah nak berjaya, tapi aku akan buktikan pada semua orang yang aku akan berjaya buat semua tu. Aku akan jadikan impian aku realiti. Aku akan pastikan impian aku untuk ada sebuah cafe lengkap dengan semua tentang komputer terwujud. Akan aku pastikan yang aku akan dapat merealisasikan sebuah cafe yang tak akan pernah orang terfikir untuk buat. Ini cabaran buat aku, lepas ni aku tak akan luahkan perasaan lagi kat sini. Bahkan aku akan jadikan blog ni sebagai tempat untuk aku bangkitkan semangat aku untuk mewujudkan impian aku. HIDUP INI SINGKAT, JADI MANFAATKAN HIDUP INI SEBAIKNYA. JANGAN HANYA BERANGAN JADIKAN IANYA IMPIAN. "AKU AKAN BERUSAHA DEMI KEBAIKAN AKU DAN KESENANGAN SEMUA ORANG"

Wednesday, June 13, 2012

TOLONG BIARKAN AKU SENDIRI

waktu aku nk lupakan kau.. waktu aku terima hakikat kau bukan utk aku.. waktu aku mula nk bahagia dgn org lain.. knp msti kau muncul seolah x der ape pnh berlaku.. seolah kau dgn aku selalu bahagia.. pdhal kau taw mcm mane hancur hati aku bila tawu kau dgn org lain.. aku bosan.. aku penat menangis sbb kau.. hati aku remuk retak sbb kau. masih terang depan mate aku macam mana bahagia gbr kau dgn isteri dan anak kau.. padahal wanita tu yg kau pnh kate kn x ade ape2 hubungan dgn kau.. yg pnh kau kate x pnh kau hubungi lg.. kau sdri mengaku x pnh berkahwin.. tp ternyata.. pd tahun kedua kite berkenalan dan aku mula syg kau mula nak percaya kn kau.. kau dah pun kahwin dgn wanita tu tnpa aku tawu secebis khabar pun.. terima kasih atas kasih syg yg kau berikan pd aku.. dan terima kasih krn kau sdri da buka kan mata aku bkn ape2 utk kau.. terima kasih utk semua kenangan yg kau bg pd aku.. tolong la.. lepas kan aku pergi.. aku x nak benci kn kau.. aku masih syg kn kau walau luka aku bernanah.. walau luka hati aku semakin parah.. walau aku akhir kn nyawa aku sekali pun.. nama kau.. wajah kau.. nama kau.. tetap dlm hati aku.. lepas kn lah aku biar aku x benci kau utk selamanya.. TOLONG LAH AKU..